Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

West Ham Kecewakan Arsenal Di Stadium Emirates

today29 December 2023

Background
Arsenal West Ham


Arsenal terlepas peluang untuk terus berada di tangga teratas saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2023/24 selepas tewas kepada West Ham United 0-2 pada aksi yang berlangsung di Stadium Emirates sebentar tadi.

Kekalahan itu menyaksikan The Gunners berada di kedudukan kedua, ketinggalan dua mata dibelakang pendahulu liga, Liverpool yang mengumpul 42 mata.

Artikel Berkaitan:

Manakala West Ham United pula menghuni tangga keenam dengan 33 mata hasil 10 kemenangan, tiga keputusan seri dan enam kekalahan.

Penjaga gol West Ham, Alphonse Areola memainkan peranan penting buat pasukannya selepas menafikan lapan percubaan tepat yang dijelmakan oleh Arsenal sepanjang perlawanan.

Beraksi di laman sendiri, Arsenal kelihatan cukup garang dengan menguasai permainan sebaik sahaja wisel permulaan ditiup pengadil, Micheal Oliver.

Bukayo Saka mendapat peluang dalam kawasan penalti seawal minit ketiga tetapi percubaannya setelah menerima umpanan cantik Martin Odegaard diselamatkan dengan mudah oleh…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post