Site icon Kool FM

WhaleBuy perkenal era baharu program kesetiaan pengguna


KUALA LUMPUR – WhaleBuy Malaysia bersama Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) melancarkan Inisiatif Transformasi Ekonomi Digital yang menandakan permulaan fasa baharu dalam usaha memacu konsumsi berasaskan nilai, pertumbuhan jenama mampan dan pembangunan ekonomi digital berimpak tinggi.

Ia dilaksanakan menerusi pengenalan program kesetiaan pengguna generasi keempat yang menekankan mata ganjaran dengan nilai jangka panjang, pembinaan jenama serta teknologi bagi mengekalkan kesetiaan pelanggan.

Pengerusi WhaleBuy Group, Datuk Seri Lim Kor Kiat berkata, WhaleBuy yang berasal dari China merupakan penyedia penyelesaian program kesetiaan pengguna sejak 2008, yang sebelum ini telah berjaya mengumpulkan sehingga 90 juta ahli di sana.

Jelasnya, program kesetiaan pengguna telah mengalami beberapa evolusi daripada kupon fizikal yang dianggapnya sebagai generasi pertama, kepada sistem kad keahlian dan kini berkembang kepada penggunaan ­aplikasi dan e-dompet yang menyediakan mata…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version