Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menghantar satu pasukan bagi menyiasat penyakit misteri yang telah membunuh 89 orang di wilayah Sudan Selatan. Manakala Kementerian Kesihatan Selatan menyatakan bahawa penyakit ‘tidak dikenal pasti’ ini adalah endemik di bandar utara Fangak, negeri Jonglei.
WHO melalui Sheila Baya memberitahu BBC bahawa kumpulan siasatan akan memulakan proses dengan mengambil sampel daripada mereka yang dijangkiti dengan penyakit misteri ini. Selain itu, organisasi ini juga akan membuat penilaian yang merangkumi siasatan risiko.
Siasatan penyakit misteri di Sudan Selatan kali ini mencabar apabila kawasan yang bakal dikunjungi oleh pasukan WHO sedang mengalami banjir besar baru-baru ini. Para saintis terpaksa menggunakan helikopter untuk memasuki Fangak. “Kini pasukan sedang menunggu pengangkutan untuk membawa mereka ke Juba, hari ini,” katanya.

Reuters/Njiiri…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
