PETALING JAYA – Widad Group Berhad (Widad) melalui anak syarikatnya, Widad Builders Sdn. Bhd. (Widad Builders) telah menerima surat anugerah daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk projek pembinaan pakej 3C Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) bernilai RM244.3 juta.
Widad Builders terbabit dalam aktiviti pembinaan dan pengurusan kemudahan bersepadu.
Menurut makluman Kumpulan kepada Bursa Malaysia, kerja-kerja pembinaan akan dimulakan pada 27 Disember ini untuk tempoh 36 bulan.
Pengarah Urusan Widad, Datuk (Dr) Mohd. Rizal Mohd. Jaafar berkata, disebalik persekitaran ekonomi yang mencabar kini, pihaknya kekal aktif untuk mendapatkan projek-projek baharu.
“Kami berkeyakinan untuk memenangi lebih banyak projek pengurusan kemudahan bersepadu dan pembinaan pada tahun ini.
“Melalui projek ini, kami berasa positif untuk mencapai sasaran prestasi Kumpulan dan mengekalkan kedudukan kewangan yang baik pada tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Sehingga kini, Widad telah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
