Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam mengumumkan cuti kelepasan am tambahan bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada hari esok, 3 Disember 2021.
Ia susulan kejuaraan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) dalam final TM Piala Malaysia 2021 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT), 2-0.
“Adalah dimaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju supaya hari Jumaat ini (3 Disember 2021) diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi tiga wilayah iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
“Pengisytiharan Hari Kelepasan Am Tambahan ini dibuat selaras dengan subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Wilayah Persekutuan,” katanya dalam kenyataan rasmi.
KL City FC juara Piala Malaysia: Shahidan Kassim isytihar Hari Kelepasan Am Tambahan di semua Wilayah Persekutuan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
