PETALING JAYA – Winwan Health & Beauty (Winwan), sedang merangka pelan pengembangan untuk menembusi pasaran di Asia Tenggara mulai tahun depan.
Pengasas syarikat, Wan Shariza Wan Halim berkata, fokus awal syarikat adalah di pasaran berpotensi seperti Indonesia, Singapura dan Brunei ekoran terdapat permintaan yang baik daripada pelanggan di sana sebelum ini.
“Kami berbangga kerana produk yang dilancarkan tidak sampai setahun telah mendapat sambutan baik daripada pelanggan dari luar negara. Kami optimis untuk memenuhi keperluan mereka,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.
Winwan menawarkan tiga produk yang dibangunkan dengan hasil kajian dan pembangunan yang teliti, yang mana ia terdiri daripada Kuartox, Jamutih dan Cokorus.
Wan Shariza menerangkan, kesemua produk keluaran syarikat dihasilkan daripada bahan semula jadi dengan tawaran harga berpatutan selain selamat digunakan oleh kumpulan pelanggan sasarannya.
Selain itu, syarikat bakal…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: