KUALA LUMPUR – World Saree Day Malaysia (WSDM) yang akan berlangsung pada 19 Mac ini di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat di sini, bakal mengetengahkan dan mendidik masyarakat tentang keunikan sari kepada masyarakat khususnya golongan muda.
Pengarah Bkay Nair Resources yang merupakan penganjur program tersebut, Bkay Nair berkata, memandangkan budaya pemakaian sari dalam kalangan rakyat Malaysia semakin dilupakan dan sering dimodenkan maka program ini adalah satu inisiatif terbaik untuk menggalakkan generasi muda terus mencintai dan menghargai seni pakaian serta fesyen tersebut.
“Kami mahu mendidik masyarakat tentang keunikan sari serta memperkenalkan budaya pemakaian sari di negara ini,” katanya pada sidang akhbar berhubung WSDM di sini baru-baru ini.

Bkay menerangkan, program yang melibatkan gabungan amal, pendidikan, budaya, dan fesyen itu turut disokong oleh Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM) bersama Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN)…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: