PETALING JAYA – WZ Satu Berhad (WZ Satu), pakar pembinaan dan kejuruteraan sivil, buat pertama kalinya berjaya mencatat keuntungan bagi tahun kewangan penuh sejak tahun 2018.
Menurut maklumannya kepada Bursa Malaysia semalam, Kumpulan merekodkan keuntungan bersih RM3.6 juta dalam suku keempat 2021, dengan perolehan RM57 juta.
Pengerusi Eksekutif dan Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pencapaian tersebut disokong oleh sumbangan positif daripada tiga segmen teras iaitu kujuruteraan sivil dan pembinaan, minyak dan gas serta pembuatan.
Menurut beliau, sebagai perbandingan, Kumpulan merekodkan keuntungan bersih RM2.2 juta dan perolehan sebanyak RM62.7 juta dalam suku ketiga 2021.
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021, WZ Satu mencatat keuntungan bersih RM3.7 juta dengan perolehan sebanyak RM247.4 juta.
“Ini amat penting kerana Kumpulan berjaya merekodkan keputusan positif awal dari apa telah yang dijangkakan pada tahun 2022.
“Pencapaian kewangan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
