PETALING JAYA – WZ Satu Berhad (WZ Satu) bercadang mengambil alih keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Citaglobal Engineering Services Sdn. Bhd. (CESSB) daripada Citiglobal Sdn. Bhd. dengan pertimbangan pembelian indikatif sebanyak RM140 juta.
Cadangan pengambilalihan itu hadir bersama jaminan keuntungan bersih agregat sebanyak RM60 juta untuk tiga tahun kewangan penuh berakhir 2022, 2023 dan 2024.
Berhubung cadangan pengambilalihan tersebut, WZ Satu telah memeterai perjanjian terikat (BA) dengan Citiglobal untuk meneroka dan mengadakan rundingan lanjut eksklusif membabitkan cadangan tersebut.
CESSB ialah sebuah syarikat sendirian berhad milik bumiputera dengan pesanan kontrak kira-kira RM500 juta dan ia terlibat terutamanya dalam perkhidmatan perundingan kejuruteraan dan perkhidmatan lain yang berkaitan.
Pengerusi Eksekutif WZ Satu, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, menerusi cadangan pengambilalihan tersebut, WZ Satu akan menjadi syarikat utama dan mahu membawanya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
