Kool FM

Xabi Alonso Semakin Hampiri Real Madrid Kerana Perjanjian Ini


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bayer Leverkusen, Fernando Carro memberikan gambaran jelas pengurus mereka, Xabi Alonso akan berhijrah ke Real Madrid.

Nama Alonso telah disebut-sebut bakal menjadi pengganti kepada Carlo Ancelotti yang dikatakan bakal meninggalkan Real Madrid pada penghujung musim ini.

Selain daripada prestasi Real Madrid yang tidak begitu memberangsangkan pada musim ini, Ancelotti menjadi pilihan utama untuk membimbing Brazil.

Xabi Alonso
Kredit Foto: REUTERS/Thilo Schmuelgen/ File Photo

Malah, terdapat laporan yang mengatakan pengendali kelahiran Itali tersebut sudah pun bersetuju dengan tawaran juara Piala Dunia lima kali itu.

Ia sekali gus menyaksikan angin semakin bertiup kencang mengatakan Xabi Alonso sudah semakin hampir untuk menduduki kerusi panas di Real Madrid.

Perjanjian ‘Rahsia’ Xabi Alonso & Leverkusen

“Dia [Xabi Alonso] tiada klausa pelepasan, tetapi kami ada perjanjian secara lisan [Gentlemen’s Agreement],” ujar Carro…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version