Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Xavi Nasihati Bakal Pengurus Barcelona, ‘Anda Akan Menderita’

today27 May 2024

Background
Xavi


Xavi Hernandez memberikan amaran kepada penggantinya di Barcelona bahawa tugasan membimbing kelab tersebut bukan kerja mudah.

Mula memegang jawatan panas itu pada November 2021, Xavi terpaksa mengucapkan selamat tinggal buat kelab yang cukup sinonim dengan dirinya ekoran prestasi terumbang-ambing tanpa sebarang piala pada musim 2023/24.

Baca Juga:

Barcelona berada di kedudukan kedua, ketinggalan 10 mata di belakang seteru utama, Real Madrid yang muncul selaku juara liga.

The Blaugrana mencatatkan 26 kemenangan, tujuh keputusan seri dan lima kekalahan dalam kempen liga dan hanya melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan Copa del Rey.

Keadaan yang menyebabkan Xavi terpaksa meninggalkan kelab itu dan kini Hansi Flick dikatakan merupakan calon utama untuk mengisi kekosongan tersebut.

Malah Presiden Barcelona, Joan Laporta turut dikatakan cukup berminat untuk membawa masuk bekas pengendali Bayern Munich dan skuad kebangsaan Jerman itu…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post