Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

XES Shoes lancar kempen 20 Sen Untuk Sesama bantu golongan tidak berkemampuan

today13 March 2024

Background


PETALING JAYA – XES Shoes, jenama tempatan yang telah beroperasi sejak 22 tahun lalu meneruskan komitmennya dalam membantu golongan tidak berkeupayaan dalam kempen 20 Sen Untuk Sesama sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya.

Pengasas dan Pengarah Urusan XES Shoes, Simpson Wong berkata, melalui kempen tersebut, jualan bagi setiap pasang kasut yang berjaya dijual akan disumbangkan sebanyak 20 sen kepada projek Kongsi Rezeki Bersama XES.

Seterusnya projek tersebut yang telah bermula sejak tahun 2018 itu akan memberi manfaat bagi memberi bantuan kewangan dan perubatan kepada keluarga B40, rumah anak yatim, rumah penjagaan dan golongan yang memerlukan.

“Sebagai jenama Malaysia, XES Shoes mahu menggalas tanggungjawab untuk memberikan yang terbaik buat masyarakat tempatan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

 Selain itu, XES Shoes yang memiliki lebih daripada 140 cawangan di seluruh negara itu kini mempromosikan koleksi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Luar Negara

9 pelancong maut selepas makan daging penyu

Dodoma, Zanzibar: Sekumpulan pelancong membabitkan lapan kanak-kanak dan seorang wanita, maut, selepas mereka makan daging penyu, makanan istimewa yang jarang ditemukan semasa bercuti di Zanzibar, baru-baru ini. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today13 March 2024