Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

XOX, ONEXOX agih makanan kepada pelanggan setia pelan TBG50

today6 October 2024

Background


PETALING JAYA – XOX dan ONEXOX telah menganjurkan program pengagihan makanan bersempena perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia antara Kelab Bola Sepak Perak (PFC) dan Johor Darul Takzim (JDT).

Ia dianjurkan sebagai sebahagian daripada kempen ganjaran kesetiaannya untuk pelanggan yang paling konsisten dalam pembayaran dan setia di bawah pelan mudah alih khas ONEXOX dan PFC – The Bos Gaurus 50 (TBG50). 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Bobie Farid Shamsudin berkata, program ganjaran kesetiaan ini adalah tepat pada masanya bagi para peminat PFC yang sentiasa menyokong bukan sahaja pasukan tersebut tetapi juga dengan menjadi pengguna pelan TBG50.

“Program ini merupakan penghargaan yang tulus kepada pengguna yang setia menggunakan pelan dan perkhidmatan mudah alih ONEXOX. 

“Kami melihat ini sebagai satu tahap kepercayaan dan keyakinan yang tinggi dalam diri mereka terhadap kami sebagai penyedia perkhidmatan mudah alih pilihan mereka dalam satu tempoh jangka masa,” katanya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

Milo cungkit bakat pemain muda dalam sukan futsal

Karnival Futsal Hidup Bola atau lebih dikenali sebagai Hidup Bola anjuran jenama terkenal daripada Nestle (Malaysia) Berhad iaitu Milo kini telah memasuki edisi ke-18 tahun dan telah berjaya menarik serta menggalakkan penglibatan pemain muda di peringkat akar umbi dalam sukan futsal di negara ini.

today6 October 2024