Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

XTRA XSTAR 2025: Pencarian Bintang Baharu Industri Muzik Bermula Lagi!

today10 September 2025

Background
XTRA XSTAR 2025: Pencarian Bintang Baharu Industri Muzik Bermula Lagi!


Portal hiburan XTRA sekali lagi menghangatkan dunia digital dengan kempen pencarian bakat paling dinanti, XTRA XSTAR 2025. 

XTRA XSTAR kembali lagi

Program ini membuka ruang luas kepada individu berbakat untuk menonjolkan kemampuan nyanyian mereka menerusi platform media sosial.

Kejayaan musim pertama tahun lalu yang melahirkan Zahra sebagai juara sulung menjadi bukti bahawa bakat baharu boleh lahir hanya melalui ruang digital. Kini, anak muda berusia 19 tahun itu bergelar artis rakaman Alternate Records & Talents serta baru melancarkan single debut berjudul Janjiku Padamu ciptaan Amsyar Sabri dan Emeer Bakri.

Menurut Pengurus Kempen XTRA XSTAR 2025 merangkap Ketua Pengarang XTRA, Muhammad Kamaruddin Mohd Razal, musim kali ini dijangka membawa impak lebih besar.

Musim pertama XTRA XSTAR membuktikan bahawa bakat boleh lahir daripada ruang digital semata-mata. Zahra yang pada awalnya busking, hanya menghantar video nyanyian dan kini sudah melangkah ke industri profesional dengan single…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahira


Previous post