KUALA LUMPUR – Penyedia terapi sel stem hidup aktif terkemuka di Malaysia, Yakin Medic Sdn. Bhd. berhasrat untuk berkembang ke pasaran baharu, antaranya menerusi perancangan untuk mengemukakan tawaran awam permulaan (IPO) di Papan Catalist Bursa Singapura (SGX), pada suku keempat 2025 atau awal 2026.
IPO tersebut dijangka mampu mengumpul kira-kira RM100 juta, dengan RM70 juta daripadanya diperuntukkan untuk mengubah suai dan membangunkan kilang sedia ada di Cyberjaya.
Sementara baki dana akan digunakan untuk menyokong perkembangannya ke pasaran luar negara, meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta mewujudkan makmal satelit.
Pengasasnya, Patrick Tan berkata, hasil daripada IPO akan membiayai perkembangan Yakin Medic ke dalam terapi sel stem hidup, di samping inisiatif penjagaan kesihatan yang lain.
Ujarnya, rancangan pelaburan itu menandakan peristiwa penting dalam perjalanan pertumbuhan syarikat, sekali gus mengukuhkan kedudukannya bagi memajukan rawatan sel…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: