
Pelakon dan pengacara, Yana Samsudin mendedahkan bahawa dirinya tidak gentar sekiranya disaman malah tegas tidak akan membayar ganti rugi berjumlah RM400,000 selepas didakwa telah memecahkan pasu milik usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri.
Artikel Berkaitan: ‘Selagi Tak Seksi & Tak Berbogel, Tak Ada Isu Pun..Itu Hanya Sekadar Seni’ – Aliff Syukri

Memetik laporan Berita Harian, pelakon berusia 39 tahun itu mendedahkan bahawa insiden yang tular itu bukanlah satu gimik ataupun kontroversi murahan sebaliknya, ia merupakan kejadian yang benar.
Difahamkan, insiden tersebut berlaku ketika Yana sedang mengacarakan satu program terbitan Astro sekitar dua minggu yang lalu.
Apa yang berlaku bukan lakonan atau kontroversi murahan seperti sangkaan ramai, sebaliknya insiden pergaduhan ini memang berlaku.
Saya dan suami, Fadzil Zahari tak sangka video ini tular selepas dua minggu insiden berlalu. Kami terkejut kerana percaya produser, Alif Farhan sudah menyelesaikan isu ini…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: