Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Yassin Senario Dedahkan Keadaan Lokap Jeddah Menyedihkan, Dan Terpaksa Tidur Berdiri

today28 May 2025

Background
'Bukan Salah Guna Dadah' – Yassin Buka Mulut Sebab Sebenar Ditahan 6 Bulan


Yassin Senario tidak sedih mengenangkan dirinya pernah tidur berdiri di penjara Jeddah.

Dia juga mendedahkan bahawa dia terpaksa tidur di hadapan tandas selama 8 hari sepanjang ditahan di sana.

Yassin Senario tidur berdiri

Keadaan lokap yang sangat sesak itu memaksa dia terlelap secara berdiri.

Dan kemudian dia disuruh untuk pergi tidur di kawasan hadapan tandas.

Dipetik daripada Beautifulnara, Yassin Senario berkata: “Kedaan lokap agak menyedihkan. Kali pertama saya tidur berdiri sebab lantai penuh.

“Saya akhirnya dapat tidur di depan tandas, dan saya nampak kaki orang melangkah saya dalam masa 8 hari itu.”

Yassin Terlepas Beraya Di Malaysia, Saiful Apek Kongsi Sebabnya
Sumber Gambar: Gempak

Yassin turut menafikan bahawa dia ditahan atas kesalahan dadah. Sebaliknya dia ditahan kerana membawa rokok masuk ke Arab Saudi.

Yassin berkata: “Saya menaiki penerbangan lapan jam perjalanan ke Jeddah. Sebelum berlepas saya fikir bagaimana saya nak merokok, jadi saya beli rokok kertas, ‘grinder’ (pengisar)…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post

Sukan

Hon Jian-Haikal balik awal

Kuala Lumpur: Beregu lelaki muda negara, Choon Hon Jian-Haikal Nazri terus bergelut untuk mendapatkan prestasi terbaik dan kali ini tersingkir seawal pusingan pertama di tangan pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty di Terbuka Singapura, hari ini.

today28 May 2025