PETALING JAYA – Projek Kasih Ramadan anjuran Yayasan Ikhlas (YI) yang telah mula beroperasi sejak tahun 2014 telah memberi manfaat kepada 15,691 penerima bantuan yang terdiri daripada golongan anak yatim, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) dan pesakit.
Bantuan yang diterima berupa pek barangan asas keperluan, tajaan sahur dan juga berbuka puasa.
Pengerusinya, Prof. Dr. Zainur Rashid Zainuddin berkata, sasaran penerima sumbangan pada tahun ini adalah sebanyak 25,000 orang.

“Tiga bantuan disalurkan termasuk kotak makanan mengandungi barang keperluan harian bernilai RM100 bagi setiap keluarga. Ia termasuklah sekampit beras, sepaket bihun, minyak masak, tepung gandum, gula, kicap, sos cili, kordial berperisa dan sekotak kurma.
“Sumbangan lain adalah pek iftar dan sahur yang siap dimasak diagihkan kepada anak yatim dan keluarga asnaf.
“Turut disumbangkan adalah set kelengkapan raya bernilai RM200 seperti baju, biskut dan sumbangan duit,” katanya dalam kenyataan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: