Baru-baru ini Yayasan Peneraju (YP) mengumumkan penambahan 3,000 slot baharu bagi program pensijilan teknologi dan profesional, menunjukkan komitmennya dalam membuka ruang lebih luas untuk pembangunan bakat baharu.
Ia seiring dengan matlamat YP yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Ekonomi berperanan sebagai Talent Bank untuk mengenalpasti, memupuk dan mengurus bakat bumiputera bagi memacu daya saing di peringkat global.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ibrahim Sani, tambahan 3,000 slot ini memberi makna bahawa lebih ramai bakat bumiputera bakal mendapat peluang pembiayaan.
“Sebelum ini, kami hanya mampu menyokong sekitar 9,000 enrolmen bagi tahun kewangan 2025. Dengan penjimatan kos, hasil skim pembiayaan baharu yang dilaksanakan pada Februari lalu,kami berjaya menambah kapasiti kepada 12,000.
“Ini bukan angka kecil, setiap slot itu mewakili seorang pelajar yang akan dilatih sama ada dalam pensijilan profesional atau teknologi dan seterusnya menyumbang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: