
PETALING JAYA – Yayasan Peneraju (YP) memperkenalkan skim pembiayaan baharu yang akan mula ditawarkan pada orang ramai bermula esok, 9 Januari.
Skim Pembiayaan YP itu mula dilancarkan pada tahun 2025 dan melalui dana tambahan baharu ini yang dikenali sebagai Pakej Asas akan melengkapkan lagi pakej sedia adanya iaitu silver, gold dan platinum.
Pelan pembiayaan tersebut dirangka untuk mengurangkan halangan bagi meningkatkan dan memperbaharui kemahiran bakat tempatan dengan nilai pembiayaan sehingga RM5,000 tanpa faedah, tanpa yuran pentadbiran dan tanpa bayaran balik selepas berjaya menamatkan latihan.
Pendekatan ini menyokong penyertaan lebih meluas selaras dengan keperluan kemahiran di tempat kerja yang terus berkembang.
Ketua Pegawai Eksekutif YP, Ibrahim Sani berkata, satu kajian menganggarkan sekitar 620,000 pekerjaan di Malaysia bakal terkesan secara signifikan ekoran kecerdasan buatan, pendigitalan dan ekonomi hijau dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: