Site icon Kool FM

YEG Academy anjur kempen memilih kursus pengajian


PETALING JAYA – YEG Academy  menganjurkan kempen YEG Pesta Sambung Belajar #jangansalahpilihbidang sebagai tujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan muda tentang kursus yang memiliki peluang lebih besar untuk mendapatkan pekerjaan.

Dekan Fakulti Pengajian Antarabangsa kolej terbabit, Mohamad Fikri Hasbi berkata, pemilihan kursus adalah perkara penting bagi mengelakkan daripada seseorang pelajar itu berhenti belajar di separuh jalan kerana tidak meminati bidang tersebut.

Menurut beliau, kebanyakan pelajar memilih kursus kerana lebih terpengaruh dengan nasihat rakan sebaya dan teman rapat.

“Ada pengaruh yang bersifat positif, namun mereka juga tidak terlepas daripada ajakan  negatif selain itu ada juga yang mahu belajar di institusi pengajian tinggi yang popular sahaja.

“Niat murni kami adalah untuk memupuk dan memberi kesedaran dalam kalangan pelajar tentang kepentingan memilih kursus yang betul untuk melanjutkan pelajaran tinggi bagi mengelakkan peningkatan kadar…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version