KUALA LANGAT – YEG Academy menyasarkan 3,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyertai program di bawah kendaliannya menerusi pembelajaran dalam alam pekerjaan atau work based learning (WBL) pada tahun ini.
Pengarah Urusan YEG Academy, Hasan Ithnin berkata, program pengajian ditawarkan pihaknya mempunyai potensi kepada permintaan tinggi di pasaran dengan memberi penekanan kepada laluan kerjaya bagi para pelajar.
Menurut beliau, ini bertujuan untuk mengurangkan bilangan pelajar yang tidak mahu sambung belajar selepas tamat SPM yang mencecah sehingga 72 peratus.
“Antara sebab pelajar tidak mahu sambung belajar adalah kerana mereka belajar dan bekerja dalam bidang lain atau jurusan yang dipilih mereka tidak relevan lagi.
“Bagi YEG Academy pula, apa sahaja bidang yang ditawarkan pihaknya mempunyai pemintaan tinggi di dalam bidang industri dengan tempoh pembelajaran teori selama setahun dan 18 bulan dalam dunia pekerjaan,” katanya pada sidang akhbar…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
