PETALING JAYA – YNH Property Berhad (YNH) telah memperoleh arahan pembangunan daripada Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) baru-baru ini untuk membina 2,200 unit pembangunan perbandaran bercampur di Negeri Sembilan.
Pengurus Besar YNH, James Ngio berkata, projek hartanah yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Seremban itu dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi bagi kawasan tersebut, sambil memenuhi permintaan kukuh untuk rumah berkualiti dan mampu milik.
Menurut beliau, nilai pembangunan kasar bagi perbandaran itu dianggarkan berjumlah RM600 juta.
“Arahan pembangunan yang diterima daripada MDKP untuk perbandaran baharu di Kuala Pilah ini merupakan peristiwa penting bagi YNH kerana ia menandakan kemasukan syarikat ke Negeri Sembilan, sebuah wilayah pertumbuhan tinggi di Koridor Selatan Greater Kuala Lumpur.
“Kami berharap dapat membawa kepakaran yang terbukti serta rekod prestasi kukuh dalam pembangunan perbandaran ke Negeri Sembilan ini dan kami yakin…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
