Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

YNH jangka Blok A projek kediaman mewah Solasta Dutamas bakal catat jualan membanggakan

today28 August 2023

Background


PETALING JAYA – YNH Property Berhad (YNH) mengumumkan dua menara pertama projek kediaman Solasta Dutamas iaitu Blok B dan Blok C yang telah dilancarkan masing-masing pada suku pertama tahun ini dan suku keempat tahun 2022, kini hampir habis dijual sepenuhnya.

Pengurus Besar Kumpulan, Allan Yu berkata, kadar  pengambilan yang kukuh itu didorong oleh lokasi strategik pembangunan, harga yang kompetitif dengan fasiliti dan kemudahan luar biasa yang disediakan.

Menara terakhir Solasta Dutamas iaitu Blok A yang terdiri daripada menara kediaman setinggi 33 tingkat itu akan dilancarkan tidak lama lagi.

“Kami menjangkakan jualan Blok A akan mencapai prestasi yang sama kerana kami telah menerima sejumlah besar maklum balas dari prapendaftaran sebelum pelancaran.

“Memandangkan pembangunan baharu di lokasi utama di Mont Kiara atau berhampirannya adalah sedikit dan agak jauh, kami percaya bakal pembeli rumah akan merebut peluang yang ditawarkan ini,” katanya dalam kenyataan yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post