Memang tidak dinafikan, pekerjaan dalam bidang khidmat pelanggan sememangnya mencabar mental dan fizikal kerana perlu melayan pelbagai kerenah manusia.
Namun ia bukanlah satu tiket buat seseorang untuk memberikan layanan buruk dengan sewenang-wenangnya kepada individu yang datang untuk berurusan.
Baru-baru ini, seorang wanita bernama Rossneeda menerusi akaun TikToknya berkongsi kisah insiden kurang enak yang dialami semasa menunggu di bahagian visa dan permit imigresen di Putrajaya.
Pada mulanya, dia tiba ke pejabat imigresen pada sekitar pukul 10 pagi dan menunggu giliran di dalam barisan selama 20 minit.
Bagaimanapun, dia selepas itu terlihat gelagat seorang pegawai imigresen yang bertugas di kaunter pada ketika itu mengherdik dengan nada suara tinggi kepada dua wanita yang berasal dari negara India.
Bahkan, salah seorangnya sedang memegang bayi sekaligus Rossneeda merasakan bahawa layanan itu tidak wajar dilakukan.
Di dalam video tersebut, dia…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: