Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Lembaga Pengarah Kelab Bola Sepak Perak (Perak FC) meletakkan sepenuhnya kepercayaan terhadap ketua jurulatih, Yusri Che Lah untuk terus membimbing kelab yang beraksi dalam saingan Liga Premier itu.
Masa depan Yusri bersama Perak menjadi topik perbualan hangat selepas skuad kendaliannya tewas 0-2 ditangan PDRM pada aksi yang berlangsung di Stadium KLFA, Ahad lalu.
Lebih pahit untuk diperkatakan, kekalahan itu juga menjelma di hadapan kira-kira lebih 2000 orang penyokong setia Perak yang hadir untuk memberikan sokongan.
Berikutan kekalahan kelapan yang dialami tersebut, terdapat segelintir penyokong Perak tidak dapat menahan kemarahan mereka dengan memberikan cadangan supaya jurulatih kelahiran Kangar itu dipecat.
Sehubungan dengan itu, Dato’ Seri Abdul Azim Mohd Zabidi yang merupakan Pengerusi Perak FC mengambil kesempatan mewakili Lembaga Pengarah untuk menyatakan sokongan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: