Site icon Kool FM

Yusri Che Lah Sah Letak Jawatan Sebagai Ketua Jurulatih Skuad Projek FAM-MSN

Yusri Che Lah




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan peletakan jawatan ketua jurulatih Skuad Projek FAM-MSN, Yusri Che Lah selepas pengendali berusia 45 tahun itu mendapat tawaran lain bagi meneruskan karier kejurulatihannya musim depan.

Biarpun bekas jurulatih Perlis dan Kelantan itu masih mempunyai baki setahun daripada dua tahun kontraknya bersama pasukan berkenaan, FAM telah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontraknya.

“FAM mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yusri atas khidmatnya sepanjang semusim mengendalikan Skuad Projek FAM-MSN bagi saingan Liga Premier 2021 dan mendoakan agar beliau berjaya dengan karier baharunya nanti.

“Bagi mengisi kekosongan jawatan ketua jurulatih Skuad Projek FAM-MSN itu untuk menghadapi saingan Liga Premier 2022, FAM dan MSN akan mengadakan sesi temuduga calon-calon dalam masa terdekat dan akan mengumumkan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version