
Di sebalik kegembiraan dan fenomena watak ‘Datuk Muzzaffar’ yang sedang tular di media sosial, pelakon dan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim mengakui terselit rasa sunyi apabila isteri tercinta, Datin Lisa Surihani tiada di sisi.
Artikel Berkaitan: Yusry ‘Upload’ Foto Lisa Surihani Di Threads & Luah Rasa Rindu – ‘Baru 8 Hari..Lama Lagi’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Susun 10 Jari Memohon Maaf’ – Lisa Surihani Bakal Tunai Haji, Doa Urusan Ibadah Dipermudahkan


Ketika ditemui OhBulan!, Yusry, 52, berkata dia kini menggalas tanggungjawab sebagai bapa sepenuh masa di rumah.
Kata Yusry, fasa ini dirasakan agak berat kerana dia tidak dapat berkongsi kegembiraan secara fizikal dengan Lisa.
Pada saya, ini antara fasa-fasa yang agak beratlah.
Macam kita kadang-kadang bila kita sedih, bila kita susah, kita nak orang tersayang untuk beri sokongan kepada kita.
Tapi ada masanya bila kita sedang gembira, orang kata tengah ‘on top’ (tular), tiada siapa di sisi untuk berkongsi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: