Sementara itu, Ahmad Zahid berkata perhimpunan itu bukan sahaja isyarat rasa cinta terhadap keamanan, kedamaian dan menolak sekeras-kerasnya penindasan serta kezaliman manusiawi, malah bagi memperingati pemimpin tertinggi Hamas, As-Syahid Al Mujahid Ismail Haniyeh yang dibunuh dengan kejam.
“Namun walau seorang Ismail Haniyeh gugur, ribuan mujahid lagi akan dilahirkan,” ujarnya.
Untuk rekod, Himpunan Pembebasan Palestin semalam dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama jemaah Kabinet, perwakilan asing dan lebih 15,000 rakyat Malaysia serta warga asing bagi menyatakan sokongan dan solidariti kepada perjuangan serta pembebasan Palestin daripada kekejaman rejim Israel.
Perhimpunan itu juga sebagai penegasan bahawa Malaysia mengecam keras pembunuhan Ismail Haniyeh pada 31 Julai lepas.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: