Kool FM

‘Zahida Rafik Yang Dulu Lagi Cantik, Sekarang Macam…’


Pelakon, Zahida Rafik mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan gaya berambut pendek berwarna perang keemasan (blonde) ketika menghadiri acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2025 (KLFW 2025), baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Sehari Tidak Berpeluh Bukan Sayalah’ – Zahida Rafik Dedah Rahsia ‘Maintain’ Awet Muda

‘Zahida ke ni?’

Menerusi sebuah hantaran video yang tular di TikTok, pelakon filem Mami Jarum itu dilihat manyarung suit longgar berona kelabu.

Difahamkan, Zahida, 50, menghadiri acara tersebut bagi menyokong jenama Men In Play by The Melium Group.

Apa yang menjadi bualan ramai adalah penampilannya yang kelihatan sangat berbeza daripada sebelum ini, sehingga ada yang hampir tidak mengecam wajahnya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut namun teruja dengan penampilan Zahida yang kekal anggun dan berkeyakinan walaupun jarang muncul di khalayak umum sejak kebelakangan ini.

Ada juga yang menyamakan aktres itu dengan beberapa bintang Hollywood dan artis tempatan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version