
Kebanyakan rakyat Malaysia kini lebih memilih untuk memasak di rumah berbanding makan di luar atau memesan makanan melalui perkhidmatan penghantaran dalam talian (delivery rider) sejak beberapa bulan kebelakangan ini, petik The Star.
Trend ini telah memberi kesan langsung kepada penghantar makanan yang kini menerima tempahan yang lebih sedikit sejak bermulanya konflik di Timur Tengah pada 28 Februari.
Penghantar makanan, Rahmat Ramli, menyatakan bahawa kadar upah penghantaran mereka semakin menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Kadar upah penghantaran kami telah dikurangkan daripada RM4.50 pada tahun 2024 kepada RM4 pada tahun 2025, dan kini hanya RM3 sejak awal tahun ini,” katanya ketika ditemui di pusat bandar Johor Bahru.
Rahmat, yang telah bekerja sebagai penghantar makanan selama lima tahun, menjelaskan bahawa penghantar sepatutnya memperoleh komisen lebih tinggi untuk pesanan berganda (double order), namun kadar itu juga telah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
