Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham berkongsi situasi sebenar mengenai salah seorang pemain import pasukan, Carli de Murga.
Artikel Berkaitan:
Menerusi laman media sosial Facebook miliknya, Zamsaham menegaskan Carli de Murga tidak dapat diturunkan ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super 2023 baru-baru ini kerana pemain itu mengalami kecederaan.
“Carli ketika berdepan Penang pada minit ke-78 mengalami kecederaan. Dia digantikan dengan Arif masa tu. Dia benar-benar sakit. Doakan kesihatan beliau,” kata Norizam.
Pada masa yang sama, Zamsaham mengajak peminat untuk bersangka baik dalam semua perkara terutamanya pasukan.
“Bersangka baiklah. Bila sampai masa kita akan tahu kebenaran. Yang buruk kita tahu, yang baik pun kita akan tahu. Jalan terus,” tambahnya.
Sebelum ini, peminat Kelantan tertanya-tanya mengapa Carli tidak dapat diturunkan bagi menentang pasukan besar…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: