PETALING JAYA – Zara Zakiah Education Sdn. Bhd. (Zara Zakiah), syarikat bumiputera yang mengendalikan program penghantaran pelajar tempatan ke luar negara mengunjurkan untuk menguruskan 200 pelajar dalam pelbagai bidang pengajian pada tahun ini.
Ketua Pegawai Operasinya, Mohd. Annawi Shamsudin berkata, pihaknya bersedia menerima permohonan pelajar dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
“Permohonan memang terbuka sepanjang tahun khususnya dalam bidang profesional termasuk pengajian perubatan, pergigian, veterinar, farmasi dan pengajian Islam.
“Para pelajar akan ditempatkan di beberapa Pusat Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang diiktiraf iaitu di Rusia, Indonesia, Bangladesh dan Mesir,” kataya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
Zara Zakiah akan menguruskan pelajar daripada semua aspek termasuk pengurusan pendaftaran, penginapan dan pengangkutan selain turut bekerjasama dengan pihak bank untuk urusan pinjaman pendidikan.
Tambah beliau, syarikat juga…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
