Setiap penyanyi memang mempunyai rutin fizikal dan penjagaan makanan yang tersendiri dalam memastikan prestasi persembahan sentiasa di tahap yang optimum.
Salah satu cara penyanyi menjaga suaran mereka adalah dengan mengamalkan minuman atau pemakanan tradisional kerana khasiatnya yang tertentu.
Seperti perkongsian penyanyi kelahiran British, Zayn Malik juga mengamalkan minuman untuk menjaga pita suaranya.
Dalam satu video tular di TikTok, bekas kumpulan One Direction ini menyatakan bahawa dia mengamalkan satu minuman dirasai seperti madu.
Menerusi video 15 saat itu, Zayn Malik menunjukkan minuman yang diamalkan dan menyatakan ia adalah ‘eliksir istimewanya’.
“Ini seperti madu dari China yang mana ia sangat bagus untuk (penjagaan) pita suara anda. Saya namakannya sebagai eliksir istimewa.
“Saya bawa ni ke mana saya pergi terutama untuk bernyanyi… campurkan dengan sedikit air…,” ujar…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: