
Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) secara rasmi mengumumkan pelantikan legenda bola sepak negara itu, Zinedine Zidane, sebagai ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan Perancis.
Zidane menandatangani kontrak sehingga Piala Dunia 2030 bagi menggantikan Didier Deschamps, yang menamatkan khidmatnya selepas mengendalikan Les Bleus selama 14 tahun.
Pengumuman itu sekali gus menamatkan penantian panjang peminat yang sejak sekian lama mahu melihat wira Piala Dunia 1998 itu membimbing pasukan kebangsaan.
Dalam sidang media pertamanya, Zidane mengakui jawatan itu merupakan satu-satunya impian yang diinginkannya sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini.
“Saya berasa sangat bangga. Saya berbesar hati dan pada masa sama sedar akan tanggungjawab besar yang dipikul. Saya berasa sangat teruja untuk kembali bersama pasukan Perancis,” katanya.
Bekas pengendali Real Madrid itu turut mendedahkan beliau sengaja menolak pelbagai tawaran daripada kelab-kelab…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: