Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Zii Jia, Jin Wei Antara Atlet Profesional Terima Geran Bantuan KBS

today4 July 2024

Background
Sukan Olimpik 2024


Atlet-atlet profesional yang bakal membawa cabaran negara pada Sukan Olimpik 2024 mendapat tonik berguna menjelang temasya di Paris, Perancis itu.

Ia berikutan suntikan dana yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi meringankan beban atlet-atlet terlibat dalam usaha mempersiapkan diri bagi memburu pingat emas sulung buat Malaysia.

Baca Juga:

Penerima geran bantuan tersebut ialah Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei daripada sukan badminton manakala duo golf negara, Gavin Kyle Green serta Ashley Lau Jen Wen.

Perkembangan terkini itu disahkan menerusi satu kenyataan media dikeluarkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN), sebentar tadi.

“Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menyalurkan geran bantuan kepada atlet-atlet profesional negara untuk persiapan menghadapi temasya Sukan Olimpik Paris 2024.’’

“Geran bantuan berjumlah keseluruhan RM300,000.00 itu disalurkan menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) kepada atlet-atlet profesional sukan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah