Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Nasional

Zii Jia kandas di suku akhir

today16 March 2024

Background


Lee Zii Jia terpaksa menunggu lebih lama untuk kembali merampas kejuaraan Seluruh England dimenanginya pada 2021. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kecemerlangan pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia pada Kejohanan Badminton Seluruh England terhenti apabila tewas kepada Lakshya Sen dari India di peringkat suku akhir.

Dalam perlawanan berlangsung tempoh lebih sejam di Utilita Arena, Birmingham itu, Laksha menundukkan Zii Jia dengan kiraan mata 22-20, 16-21, 19-21, lapor Kosmo.

Mahu meneruskan momentum selepas menewaskan bekas juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew sebelum ini, pemain negara itu menampilkan aksi cemerlang pada set pertama dengan meraih kemenangan 22-20.

Namun Lakshya yang berada di kedudukan nombor 18 dunia bangkit pada set kedua dan menang 21-16 bagi mengheret perlawanan ke set penentuan yang menyaksikannya melengkapkan kebangkitan dengan kiraan 21-19.

Untuk rekod, ini adalah kekalahan keempat Zii Jia kepada Lakshya dalam lima perlawanan dengan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Hiburan Semasa

Nuansa baharu Misha

SEBAGAI penyanyi yang mementingkan kejujuran dan kesempurnaan dalam berkarya, Misha Omar begitu teliti dalam pemilihan lagu untuk memastikan karya yang dihasilkan mendapat tempat di hati pendengar. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today16 March 2024