Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Zii Jia Tersingkir, Tze Yong Ke Suku Akhir

today26 October 2023

Background


Nasib berbeza dialami dua wakil negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong dalam acara perseorangan lelaki dalam kejohanan badminton Terbuka Perancis 2023 yang berlangsung di Glaz Arena, Rennes sebentar tadi.

Zii Jia yang beraksi pemain pilihan kelapan dari China, Li Shi Feng terpaksa menelan kepahitan tewas menerusi permainan ‘rubber set’.

Ia merupakan kekalahan ketiga Zii Jia ke atas pemain ranking kelima dunia itu dalam lima perlawanan melibatkan mereka.

Pemain perseorangan nombor satu negara itu bagaimanapun bermula dengan baik untuk mencuri set pertama hasil kemenangan 21-17.

Namun, kesilapan-kesilapan mudah dilakukan Zii Jia memberikan ruang luas buat Shi Feng untuk memenangi kedua dengan 21-11 dan kemudiannya 21-12 bagi mara ke suku akhir.

Tidak mahu menerima nasib yang sama, Ng Tze Yong tampil dengan baik untuk menewaskan pemain tuan rumah, Arnaud Merkle.

Meskipun diberikan saingan sengit pada set pertama, Tze Yong menyerap tekanan dengan baik untuk menang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Sukan

Masalah kecederaan hantui Barcelona

Barcelona: Pengurus Barcelona, Xavi Hernandez berdepan masalah kecederaan serius dalam menyiapkan pasukan untuk melayan seteru utama, Real Madrid pada pertarungan ‘El Clasico’, Sabtu ini.

today26 October 2023