Pemain perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia terpaksa menelan kepahitan tersingkir seawal pusingan pertama dalam saingan China Masters 2024 selepas tewas kepada Lakshya Sen, sebentar tadi.
Ia merupakan kekalahan kelima dialami Zii Jia kepada lawan dari India itu dalam tujuh pertemuan sesama mereka sejak 2016.
Baca Juga:
Berdepan lawan yang berada di ranking ke-17 dunia, Zii Jia langsung tidak diberikan laluan mudah sejak daripada awal permainan.
Sebaliknya, Lakshya memperagakan corak permainan cukup bertenaga untuk mendahului 11-4 pada rehat ‘interval’ set pertama.
Kelebihan itu digunakan sebaiknya oleh Lakshya untuk memenangi set pertama dengan jurang mata 21-14.
Tersentak dengan kekalahan tersebut, Lee Zii Jia tampil dengan lebih baik pada set kedua hingga membolehkannya menang 21-13 bagi mengheret aksi ke set penentuan.
Set ketiga pula menyaksikan selepas mendahului 12-10, Lakshya Sen tidak memandang ke belakang lagi untuk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
