19 tahun sejak ditayangkan secara rasmi, filem Senario XX arahan Aziz M. Osman masih lagi menjadi pilihan penonton sehingga kini. Malah masih terdapat beberapa babak yang masih segar di ingatan penonton.
Filem ikonik yang menampilkan makhluk asing dari planet Marikh yang dinamakan sebagai Zoragon. Rupanya yang unik serta mempunyai ‘bahasa’ yang tersendiri antara yang menyerikan lagi filem Senario XX. Dalam pada itu tahukah anda Zoragon sebenarnya bercakap dalam ‘Bahasa Melayu’?
Artikel Berkaitan:
Menerusi perkongsian TikTok @zdstudio, individu ini tampil menjelaskan bagaimana bahasa yang dituturkan Zoragon dihasilkan.
Difahamkan pihak produksi filem Senario XX telah membuat suntingan ‘reverse speed’ di mana apabila suntingan ini dibuat, sari kata yang dikeluarkan adalah sama seperti yang dituturkan Zoragon.
@zd_studio Zoragon dah lama rancang..siapa je yang lalai..? 😂 #filemmelayu #senario #senarioxx #alien
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: