SHAH ALAM – Tisas Academy Sdn Bhd. pengeluar produk penjagaan kesihatan dan kecantikan berjenama Razowa, mengunjurkan perolehan jualan pada tahun ini sebanyak RM10 juta.
Pengasas syarikat, Hartini Halim berkata, peningkatan tersebut disumbangkan daripada produk terbaharunya berupa Zuko Men’s Girdle, bengkung khusus untuk lelaki yang mana ia bukan sahaja membantu mencantikkan tubuh badan tetapi juga meningkatkan tahap kesihatan golongan tersebut.
Menurut beliau, produk yang baharu dilancarkan itu diunjurkan merekodkan jualan antara RM500,000 hingga RM1 juta dalam tempoh sebulan.
“Bengkung ini juga sesuai di pakai menjelang musim hari raya kelak agar mereka tampil lebih yakin, hebat dan berfesyen,” katanya dalam kenyataan bersempena majlis pelancaran produk baharu tersebut di sini baru-baru ini.
Hartini menerangkan, selain Zuko Men’s Girdle, syarikat juga menawarkan produk Bengkung 3 Saat, Ele Girdle dan Saunami Firming Cream selain produk daripada segmen lain…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: