Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Zurich Takaful Al-Shams lindungi keluarga

today19 May 2022

Background


PETALING JAYA – Zurich Malaysia melancarkan Zurich Takaful Al-Shams, pelan takaful keluarga dengan ciri penerimaan terjamin yang memberi peluang kepada pelanggan untuk menunaikan kewajipan terhadap keluarga dan menghadiahkan hibah untuk orang tersayang.

Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Takaful, Nazrul Hisham Abd. Hamid berkata, pelan baharu itu diperkenalkan tepat pada masanya kerana ia menawarkan proses pendaftaran yang mudah kepada pelanggan.

Menurut beliau, melalui penggunaan teknologi, pelanggan mempunyai pilihan untuk mendaftar melalui sesi online dengan ejen dan mengesahkan dokumen melalui tandatangan maya berciri Tandatangan Jarak Jauh (Remote Signature).

“Pelan ini juga direka bagi membantu masyarakat memulakan perancangan untuk masa depan keluarga daripada serendah RM1.67 sehari.

“Caruman bulanan sebanyak RM50 juga bukan sahaja akan memberi perlindungan asas tetapi juga manfaat tambahan yang dapat membantu memberikan ketenangan fikiran,” katanya dalam kenyataan yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post