
ZUS Coffee secara rasminya telah melebarkan sayap ke pasaran Asia Selatan dengan pembukaan cawangan pertamanya di Islamabad, Pakistan pada awal Februari 2026 baru-baru ini.
Pengembangan strategik ini merupakan sebahagian daripada visi syarikat untuk berkembang di luar rantau ASEAN selepas berjaya menempa nama di Filipina, Singapura, dan Thailand.
Baca Juga:
Tuan Yang Terutama Duta Besar Dato’ Mohammad Azhar Mazlan, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, telah menghadiri majlis pelancaran di Islamabad sebagai Tetamu Kehormat.
Sekali gus menandakan kemasukan rasmi jenama tersebut ke pasaran Pakistan.
Dalam ucapannya, Pesuruhjaya Tinggi menyambut baik pengembangan ZUS Coffee ke Pakistan dan menggalakkan orang ramai di Pakistan untuk berkunjung serta merasai sendiri jenama ‘Buatan Malaysia’ ini, yang melambangkan kreativiti, kualiti, dan semangat keusahawanan Malaysia.
Beliau turut menyatakan bahawa usaha niaga sedemikian menyumbang secara…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
