Kool FM

ZUS Coffee Dah Kalahkan Starbucks Di Malaysia, Sekarang Misi Takluk Asia Tenggara Pula


Dalam masa kurang lima tahun, jenama kopi tempatan ZUS Coffee yang dimiliki oleh Zuspresso Sdn Bhd telah mencipta kejutan besar dalam industri F&B Malaysia – mengalahkan Starbucks dan muncul sebagai rangkaian kopi terbesar negara.

Menurut The Edge, tahun ini ZUS mengorak langkah lebih jauh dengan rancangan untuk membuka hampir 200 cawangan baharu di Asia Tenggara.

Mengikut kenyataan Ketua Pegawai Operasi, Venon Tian, ZUS akan:

  1. Tambah 107 kedai baharu di Malaysia
  2. Buka 80 kedai di Filipina
  3. Tambah 6 kedai di Singapura
  4. Masuk pasaran baharu: Thailand dan Indonesia

ZUS Coffee kini mengendalikan 743 kedai di Malaysia, meninggalkan Starbucks jauh di belakang dengan hanya 320 kedai.

ZUS Coffee

Kemenangan ini turut didorong oleh boikot pengguna terhadap Starbucks, susulan kaitan syarikat itu dengan konflik di Gaza – yang telah menjejaskan pendapatan operator tempatan mereka, Berjaya Food Bhd.

ZUS Coffee tidak terhenti di situ, di Filipina, mereka kini mempunyai…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version