Site icon Kool FM

ZUS Coffee Dapat Dana RM250 Juta, Rancang Lebarkan Sayap Ke Antarabangsa


ZUS Coffee, jenama kopi tempatan baru sahaja menerima pelaburan besar berjumlah RM250 juta daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), KV Asia Capital, dan Kapal Api Group, lapor NSTP.

Dengan suntikan modal ini, ZUS Coffee kini bersedia untuk meluaskan sayapnya ke peringkat antarabangsa, dengan merancang untuk masuk ke pasaran Singapura dan Brunei menjelang akhir tahun ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, ZUS Coffee memaklumkan bahawa mereka sedang merancang untuk melancarkan beberapa kedai di dua negara tersebut antara bulan September hingga Disember.

Selain itu, jenama kopi ini turut mendedahkan bahawa pihaknya kini dalam perbincangan dengan rakan kongsi yang berpotensi di pasaran antarabangsa lain, dengan jangkaan untuk memperluas lagi jenama itu ke peringkat global pada tahun 2025.

Sejak pelancaran kedai pertamanya di Filipina pada tahun 2023, ZUS Coffee telah menerima sambutan luar biasa, dengan pengguna Filipina…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version