Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

ZUS Coffee Dilapor Pertimbang IPO RM1 Bilion, Nilai Syarikat Dijangka Cecah RM4 Bilion

today14 August 2026

Background
ZUS Coffee


ZUS Coffee dilaporkan sedang mempertimbangkan tawaran awam permulaan (IPO) bagi perniagaannya di Malaysia untuk mengumpul sekurang-kurangnya RM1 bilion (AS$245 juta).

Perkara itu dimaklumkan oleh sumber yang mempunyai maklumat berhubung perkara tersebut, petik The Edge Malaysia.

Pemiliknya, Zuspresso Sdn Bhd, kini bekerjasama dengan penasihat kewangan bagi potensi penyenaraian IPO berkenaan yang dijangka menilai syarikat itu pada anggaran RM4 bilion.

Menurut sumber, tawaran saham tersebut berkemungkinan dilaksanakan di Bursa Malaysia seawal pertengahan tahun 2027.

Perbincangan masih berjalan dan perincian seperti tempoh masa serta saiz IPO berkenaan mungkin berubah, tambah sumber tersebut.

Pihak Zuspresso tidak memberi sebarang maklum balas berhubung permintaan untuk mengulas perkara ini.

ZUS membuka cawangan pertamanya pada tahun 2019 dan telah mengatasi Starbucks Corp sebagai rangkaian kedai kopi terbesar di Malaysia pada tahun 2024.

Syarikat…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Luar Negara

Danube ‘mengering’, loji nuklear ditutup

Bucharest: Romania menutup loji jana kuasa nuklearnya pada Khamis dalam langkah yang jarang berlaku, susulan krisis kemarau yang menyebabkan paras air Sungai Danube yang digunakan sebagai sistem penyejuk loji berkenaan turun ke paras terendah dalam sejarah. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today14 August 2026