Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

3 Sebab Kenapa Gigi Tukar Warna

today22 November 2020

Background

Selain daripada keinginan untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik, gigi juga salah satu bahagian yang menjadi keutamaan dalam menjaga penampilan.

Malah, ada juga yang memberi penekanan lebih terhadap penjagaan gigi kerana bagi mereka bahagian gigi  penting untuk senyum atau berkomunikasi.

via GIPHY

Tapi, kenapa ada sesetengah gigi bertukar warna putih kekuningan kepada kuning kepekatan atau hitam? Lebih teruk lagi, berlubang hitam!

Jadi, kami ingin membuat perkongsian beberapa punca gigi bertukar warna walaupun anda bukan seorang perokok. Perkongsian ini dibuat oleh seorang doktor gigi, Dr. Irma Shida menerusi ciapan twitter.

Menurutnya, corak pemakanan seseorang juga boleh memberi kesan kepada warna gigi.

“Apabila seseorang makan atau minum sehingga meninggalkan warna pada permukaan gigi, secara automatik boleh buat gigi yang pada asalnya putih menjadi kuning atau coklat contohnya kopi atau teh,”

Sumber: lelakisihat

Tambahnya lagi, warna hitam daripada asap rokok atau sirih juga boleh membuatkan gigi boleh berubah warna.

Seterusnya, berpunca daripada intrinsic stain di mana gigi akan berubah warna disebabkan struktur dalam gigi itu sendiri. Untuk masalah  ni, dibahagikan kepada dua sama ada punca setempat ataupun punca sistemik.

“Punca sistemik ialah proses penuaan dan boleh jadi juga kalau kita ambil antibiotik seperti tetracycline semasa mengandung dan menyebabkan gigi susu anak dalam kandungan bewarna coklat.

Sumber: cloudinary

Perubahan warna setempat pula selalunya disebabkan gigi yang nonvital atau sarafnya dah mati. Nak tahu faktor ni senang je. Lihat pada warna gigi yang menjadi jadi coklat gelap dan pudar. Jika ada masalah ini, perlulah mendapat rawatan akar gigi tu terlebih dahulu,” tulisnya.

Akhir sekali, dia sempat mengingatkan kepada orang ramai supaya membuat rawatan gigi selama enam bulan sekali dan pergi ke mana-mana klinik gigi terdekat untuk dapatkan rawatan.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Sedangkan Lidah Lagi Tergigit” – Gelagat 2 Ekor Kucing Berebut Makan Bikin Netizen Dekah

“ Nak Jadi Suri Rumah Berjaya”- Wife Nubhan Berhenti Kerja Sebagai Doktor Gigi

 

 

 

 

Sumber: twitter

 

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

Selesai masalah infrastruktur asas penduduk desa

Kuala Lumpur: Pelaksanaan projek jalan luar bandar dengan peruntukan RM1.3 bilion mampu menyelesaikan masalah infrastruktur yang membelenggu penduduk. Ini kerana masih terdapat jalan perhubungan yang perlu dibaiki atau dinaik taraf bagi keselesaan penduduk terutama yang tinggal di kawasan pedalaman. Bagi Mohd Hassuandi Hamzah, 38, setiap tahun, pengumuman berkaitan infrastruktur asas di kampung amat dinantikan kerana ia akan memudahkan kehidupan orang ramai. "Peruntukan yang tinggi kali... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today22 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *