
Nama Muhammad sekali lagi dinamakan sebagai nama paling popular untuk bayi lelaki yang didaftarkan di England dan Wales bagi data kelahiran tahun 2025.
Pendedahan ini dibuat menerusi laporan tahunan rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) United Kingdom.
Nama Muhammad mengekalkan kedudukannya di tangga teratas untuk tahun ketiga berturut-turut sejak mula memegang takhta nombor satu pada tahun 2023.
Berdasarkan statistik ONS, sebanyak 5,957 bayi lelaki telah didaftarkan dengan ejaan khusus “Muhammad” pada tahun 2025:
1. Muhammad (5,957 bayi)
2. Noah (4,075 bayi)
3. Leo (3,278 bayi)
Jurang antara nama Muhammad dan Noah dilaporkan semakin melebar dengan perbezaan hampir 2,000 bayi berbanding tahun sebelumnya.
Menariknya, dominasi nama ini akan menjadi jauh lebih besar sekiranya variasi ejaan lain digabungkan.
Pihak ONS merekodkan variasi ejaan secara berasingan di mana ejaan Mohammed berada di kedudukan ke-20 manakala…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: