Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

“6,000 Jemaah Dibenarkan Sehari,” – Kementerian Haji & Umrah Arab Saudi

today5 October 2020

Background

Sebelum ini Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengeluarkan kenyataan tentang kebenaran pelaksanaan ibadah umrah sepanjang tahun secara berperingkat mulai 4 Oktober ini.

Malah, bagi pengunjung dari luar negara, jemaah dibenarkan mulai 1 November apabila bilangan individu yang dibenarkan menunaikan umrah dinaikkan kepada 20,000.

Sumber: cariangoogle

Kini, berita gembira buat lebih kurang 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia apabila kumpulan jemaah dibenarkan masuk ke Masjidil Haram mulai jam 6 pagi selepas membuat permohonan melalui aplikasi I’tamarna yang disediakan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Arab News melaporkan bagi menampung kuota 6,000 jemaah yang dibenarkan dalam masa sehari, Kementerian Haji dan Umrah menyediakan lima lokasi berasingan termasuk di Al-Gaza, Ajyad dan Al-Shasha bagi membolehkan jemaah bersama petugas kesihatan profesional menaiki bas ke Masjidil Haram.

Manakala, kira-kira 1,000 petugas dilatih bagi memantau sepanjang proses umrah di Masjidil Haram dan proses pembersihan dan nyahkuman di Masjidil Haram dilakukan sebanyak 10 kali dalam masa sehari.

 

 

 

 

 

 

Sumber: harianmetro

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

LZS jangka 80,000 peningkatan asnaf fakir tahun ini

Petaling Jaya: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menjangkakan peningkatan asnaf fakir dan miskin sehingga 80,000 keluarga tahun ini, kesan penularan pandemik Covid-19. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Saipolyazan Mat Yusop berkata, peningkatan golongan asnaf itu berikutan ramai yang tidak boleh berniaga dan ada antaranya dibuang kerja. Katanya, LZS akan memperkenalkan beberapa program termasuk bantuan Alternatif Insan Terkesan khusus untuk membantu golongan itu. "Di bawah bantuan Alternatif Insan... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today5 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *