Ramai orang menganggap golongan artis adalah kaya kerana bayaran mahal yang diterima daripada hasil seni mereka. Hakikat sebenar tidak semua artis kaya dan untuk menjadi kaya mereka perlu melakukan ‘kerja tambahan’ bagi menampung kehidupan mewah yang didambakan ramai.

Foto: Gambar hiasan
Laporan daripada Utusan baru-baru ini membuka mata ramai sekaligus membongkar apakah ‘kerja tambahan’ yang dimaksudkan itu.
Penampilan mewah luar biasa dan dalam sekelip mata oleh segelintir artis dan instafamous tempatan dipercayai hasil penglibatan dalam sindiket pelacuran kelas atasan. Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Mingguan Malaysia, mereka dibayar antara RM20,000 hingga RM40,000 untuk satu malam sebagai pelampias nafsu golongan orang kenamaan.
Dikatakan aktiviti ini sudah lama berlaku dalam industri hiburan dan mereka yang terlibat tak kisah menjual maruah sendiri demi ‘duit segera’. Bahkan, salah seorang suspek yang dikaitkan dengan ‘Macau Sacam’ baru-baru ini turut menjadi orang pengantara.

Wow, dengan pendedahan ‘panas’ itu, sumber mereka mengatakan bahawa mereka mempunyai senarai nama artis dan Instafamous popular tempatan tersebut namun memilih untuk tidak mendedahkannya kepada umum.
Walaupun tidak menyebut siapakah individu yang terlibat, namun siapa yang makan cili, dia akan terasa pedasnya.
Menurut sumber, orang tengah ini bukanlah mahu membuat duit daripada sindiket ini tetapi lebih kepada mahu membina reputasi dan pengaruh dalam ‘gelanggang’ tersebut. Dalam pada itu, pihak SPRM kini sedang memantau media sosial para artis dan Instafamous yang mempamerkan kemewahan hidup berlebih-lebihan sedangkan pendapatan sebenar melalui hasil lakonan, nyanyian dan perniagaan tidak seberapa.
Jadi, jaga-jaga ‘Cik Salmah’…
Baca juga:
Kool Panas: Artis minta bantuan kerajaan ?
COVID-19: Artis pun kena menabung
Sumber: Utusan
Post comments (0)